Tuesday 10 January 2017

PENJAGAAN AWAL SELEPAS BERSALIN MENJADIKAN ANDA AWET MUDA

PETUA UNTUK HARI NI :

Ibu ibu selepas bersalin memerlukan penjagaan yang rapi, sejak melahirkan anak yang pertama ibu ibu harus menjaga kesihatan diri mereka.

bahagian perut perut harus dirawat dengan teliti.selepas bersalin perut akan mengendur dan mengembang dan tidak boleh dikempiskan dalam jangka waktu yang singkat

untuk menjaga perut agar tetap tegang dan kuat, petua petua tradisional yang telah diwarisi zaman berzaman oleh nenek moyang kita

semasa dalam pantang selama 44 hari, anda perlu menggunakan bengkung,sebelum berbengkung perut perlu  disapukan dengan minyak panas dahulu.

selain berbengkung ramai dari ibu ibu yang mengamalkan cara bertungku tujuannya untuk mempercepatkan di bahagian peranakan supaya perut tidak terus besar dan buncit

bahan bahan tertentu harus digunakan untuk rawatan selepas bersalin

bahan bahan untuk mengurut :


  1. sebungkus jintan manis
  2. kulit kayu manis
  3. lada hitam
  4. rempah tatus
  5. minyak kelapa
cara - caranya : 

bahan bahan tersebut di atas ditumbuk hingga lumat.kemudian itu digaul semuanya masukkan minyak kelapa dan gaul hinnga sebati.setelah sebati lumurkan ke seluruh badan 

lebih baik anda mengambil seorang bidan yang benar benar pandai mengurut. Cara mengurut yang betul akan mengembalikan kesihatan ibu ibu yang baru bersalin

biasanya ibu yang bersalin akan mengalami keluar darah selama lebih kurang 45 hari hingga 60 hari.ini bergantung kepada keadaan ibu ibu tersebut

1 comment:

  1. JSTOR CASINO in New York City - MSTOR Casino, LLC
    JSTOR Casino is 양주 출장안마 a fun, 나주 출장안마 secure, and fun casino. With over 속초 출장마사지 1,000 원주 출장안마 slots, table games, and video poker machines, JSTOR offers 영주 출장마사지 all the thrills of an

    ReplyDelete