Wednesday 11 January 2017

ape yang perlu lakukan selepas bersalin - WAJIB BACA


hari nie ML nak cerita pasal ape yang perlukan lakukan lepas bersalin.


Untuk menguatkan badan dan menambah kesegaran selepas bersalin ibu ibu harus mandi dengan air panas suam setiap hari,atau air daun pandan dan daun serai untuk menguatkan peranakan.

 Caranya : ambil sepuluh helai daun serai dan daun pandan, rebus bahan bahan tadi hingga mendidih, bahan - bahan dicampurkan dalam air mandi anda.mandi di waktu pagi sudah cukup untuk ibu - ibu yang bersalin

BERTUNGKU

 Selain daripada mandi ibu-ibu yang baru lepas bersalin harus  bertungku untuk memanaskan badan dan mengecutkan perut dan peranakan


BAHAN - BAHAN BERTUNGKU

1. batu tungku atau batu sungai

2. daun mengkudu

3. kain tebal


cara-caranya :

Tungku dipanaskan (batu sungai atau batu tela).
setelah itu tungku tadi dibalut dengan kain tebal, kemudian letakkan daun mengkudu di sekeliling  tungku tadi (guna daun ini untuk menahan panas yang berlebihan)

Tungku tadi dibungkus dan diikat kemas, selepas itu baru dituamkan di sekeliling perut. terutamanya di tempat peranakan, untuk mengecut dan mencairkan darah beku dalam perut


BAHAN-BAHAN BENGKUNG PERUT

1. minyak urut (minyak khas untuk orang bersalin)

2. sedikit kapur sirih

3. kain bengkung

4. sedikit limau nipis

cara-caranya :

campurkan minyak, kapur dan perahan limau hingga sebati.kemudian lumurkan di sekeliling perut.akhirnya pastikan bengkung diikat kuat dan kemas.

No comments:

Post a Comment