Thursday 12 January 2017

kelebihan serbuk manjakani (JSK)

Kelebihan Serbuk Manjakani Homemade tiada campuran bahan lain.100%  manjakani tulen .selamat digunakan

-































HARGA PROMOSI RM 28.00 

FREE POSTAGE

COD : KUALA LUMPUR, BUKIT JALIL, PUCHONG, CHERAS

WHATSAPP : 018 - 32100 25




PROMOSI SERBUK MANJAKANI (JSK) RM 5.00 JEW..



salam jumaat u all..pagi nie nak buat promosi serbuk manjakani.Ada yang baru nak mencuba saya suggestkan ambik yang ini..senang bole dibawa kemana mana.Untuk hari nie saya bagi harga RM 5.00 sahaja.murah kan!!!!!

kalo berminat whatsapp 018-3210025


nak COD pun bole jugak = kawasan CHERAS,BUKIT JALIL,KUALA LUMPUR,ALAM DAMAI,PUCHONG



Wednesday 11 January 2017

LENGKUAS MERAPATKAN PERANAKAN -



SELAMAT MENCUBA!!






ape yang perlu lakukan selepas bersalin - WAJIB BACA


hari nie ML nak cerita pasal ape yang perlukan lakukan lepas bersalin.


Untuk menguatkan badan dan menambah kesegaran selepas bersalin ibu ibu harus mandi dengan air panas suam setiap hari,atau air daun pandan dan daun serai untuk menguatkan peranakan.

 Caranya : ambil sepuluh helai daun serai dan daun pandan, rebus bahan bahan tadi hingga mendidih, bahan - bahan dicampurkan dalam air mandi anda.mandi di waktu pagi sudah cukup untuk ibu - ibu yang bersalin

BERTUNGKU

 Selain daripada mandi ibu-ibu yang baru lepas bersalin harus  bertungku untuk memanaskan badan dan mengecutkan perut dan peranakan


BAHAN - BAHAN BERTUNGKU

1. batu tungku atau batu sungai

2. daun mengkudu

3. kain tebal


cara-caranya :

Tungku dipanaskan (batu sungai atau batu tela).
setelah itu tungku tadi dibalut dengan kain tebal, kemudian letakkan daun mengkudu di sekeliling  tungku tadi (guna daun ini untuk menahan panas yang berlebihan)

Tungku tadi dibungkus dan diikat kemas, selepas itu baru dituamkan di sekeliling perut. terutamanya di tempat peranakan, untuk mengecut dan mencairkan darah beku dalam perut


BAHAN-BAHAN BENGKUNG PERUT

1. minyak urut (minyak khas untuk orang bersalin)

2. sedikit kapur sirih

3. kain bengkung

4. sedikit limau nipis

cara-caranya :

campurkan minyak, kapur dan perahan limau hingga sebati.kemudian lumurkan di sekeliling perut.akhirnya pastikan bengkung diikat kuat dan kemas.

SYUKUR STICKER HAMPIR SIAP

setelah lama memikirkan pasal sticker nir..hampir dua bulan jgk la.Alhamdullilah siap jugak walau belum print lagi kat kedai. Maklumlah baru berjinak jinak nak buat produk sendiri so semua kena start dari bawah dulu.ingat mudah nak buat sticker tapi bagi aku payah jgk lah.sb nak cari orang design ikut citarasa kita taw.syukur sangat mempunyai kawan office zettysyardi.blogspot.my yang baik hati designkan  sticker untuk aku.Akk yati nie memang terror bab design nie,dia yang buat design  or brochure  kat kraftangan nie.sape sape nak mintak disign  bole lah contact kakak yati tu yer...Time kasih kak yati,jasamu akan kukenang sampai bila bila.....dulu time study belajar guna Adobe Ilustrator tapi semuanya hampehh ke laut..yang adik adik yang pandai guna Adobe tu memang bole buat duit,sekarang  upah untuk design beratus ratus sekarang nie.Syukur kawan kawan sekeliling banyak memberi semangat terutamaya imanshafri.blogspot.my myfaraflk.blogspot.my

aku suggset korang print kat kedai nie Tay Art & Trading .MURAH DAN LAYANAN SANGAT BAIK DAN PUAS HATI.

Tuesday 10 January 2017

PENJAGAAN AWAL SELEPAS BERSALIN MENJADIKAN ANDA AWET MUDA

PETUA UNTUK HARI NI :

Ibu ibu selepas bersalin memerlukan penjagaan yang rapi, sejak melahirkan anak yang pertama ibu ibu harus menjaga kesihatan diri mereka.

bahagian perut perut harus dirawat dengan teliti.selepas bersalin perut akan mengendur dan mengembang dan tidak boleh dikempiskan dalam jangka waktu yang singkat

untuk menjaga perut agar tetap tegang dan kuat, petua petua tradisional yang telah diwarisi zaman berzaman oleh nenek moyang kita

semasa dalam pantang selama 44 hari, anda perlu menggunakan bengkung,sebelum berbengkung perut perlu  disapukan dengan minyak panas dahulu.

selain berbengkung ramai dari ibu ibu yang mengamalkan cara bertungku tujuannya untuk mempercepatkan di bahagian peranakan supaya perut tidak terus besar dan buncit

bahan bahan tertentu harus digunakan untuk rawatan selepas bersalin

bahan bahan untuk mengurut :


  1. sebungkus jintan manis
  2. kulit kayu manis
  3. lada hitam
  4. rempah tatus
  5. minyak kelapa
cara - caranya : 

bahan bahan tersebut di atas ditumbuk hingga lumat.kemudian itu digaul semuanya masukkan minyak kelapa dan gaul hinnga sebati.setelah sebati lumurkan ke seluruh badan 

lebih baik anda mengambil seorang bidan yang benar benar pandai mengurut. Cara mengurut yang betul akan mengembalikan kesihatan ibu ibu yang baru bersalin

biasanya ibu yang bersalin akan mengalami keluar darah selama lebih kurang 45 hari hingga 60 hari.ini bergantung kepada keadaan ibu ibu tersebut